Sunday, October 29, 2017

Resepi Mudah Telur Bungkus Ayam Spesial

loading...
Hello, Salam jumpa semoga sihat selalu.Hari ini kami nak berkongsi resepi yang mudah dan sedap untuk dicoba di dapur anda. Bahan-bahan untuk Resepi Mudah Telur Bungkus Ayam Spesial sangat mudah untuk didapatkan, lebih-lebih lagi telur dan ayam pasti ada didapur. Tak perlu tunggu lama lagi yang berikut adalah Resepi Mudah Telur Bungkus Ayam Spesial.

Resepi Mudah Telur Bungkus Ayam Spesial
Resepi Mudah Telur Bungkus Ayam Spesial
 Bahan-bahan :Resepi
  •  2 biji telur
  •  2 sudu besar sos tomato
  •  2 sudu besar sos cili
  •  1 genggam lebih ayam - potong dadu
  •  1 besar kicap manis
  •  1 ulas bawang putih - cincang halus\
  •  1 sudu besar sos tiram
  •  1/2 abu bawang besar - potong dadu kecil
  •  sedikit lada sulah dan garam
  •  sedikit mix veggie - optional
Cara Buat Inti Telur :
  1. Perasakan ayam dengan sedikit lada sulah dan garam kemudian ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian masukan bawang besar dan bawang putih dan biarkan sekejap hingga layu. Selepas tu masukan ayam yang sudah diperasakan dengan lada sulah dan garam tadi. biarkan masak hingga sekata
  3. Masukan mix veggie dan biarkan sekejap. kemudian masuka semua sos dan kacau rata. Bila inti terlalu kering boleh tambahkan air secukupnya. bila inti sudah masak ketepikan.
Cara Memasak Telur Bungkus Ayam :
  1. Pukul telur dengan sedikit garam kemudian panaskan minyak dalam kuali dan masukan telur tadi. Gunakan api kecil ketika memasak telur.
  2. Supaya telur menjadi bulatan besar dan tipis pusing-pusingkan kuali hingga semua telur tadi rata. Bila telur sudah masak angkat dan letakan didalam pinggan besar.
  3. Letakan inti diatas telur tadi kemudian lipatkan telur. Ambil satu pinggan lagi dan dekapkan telur tadi
  4. Akhir sekali, sekarang letakan hiasan diatas telur sesuai selera anda dan telur bungkus ayam sedap siap untuk dihidangkan.
Sampai Jumpa lagi di Resepi yang berikutnya.



loading...
Load disqus comments

0 comments