Tuesday, November 21, 2017

Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap

loading...
Resepimasa.- Resepi kali ini yang nak dikongsikan adalah "Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap". Ayam Percik Kelantan merujuk pada salah satu masakan tradisional melayu. Biasanya dihidangkan bagi mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat. Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini terdapat 2 jenis yaitu yang berwarna merah (Pedas) dan yang berwarna putih. Jom tengok Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini.
Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian
Bahan Perap :
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
Bahan Kuah :
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 - 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Penyediaan :
  1. Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  2. Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.
  3. Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.

Selamat Mencuba!!!
loading...
Load disqus comments

0 comments