Tuesday, November 21, 2017

Resepi Ayam Tandoori Sedap

loading...
Resepimasa.- Ayam Tandoori Sedap ini paling nikmat bila dimakan dengan roti naan. Resepi ayam tandoori sedap awalnya susah bila nak dicuba di rumah, tapi selepas itu hm..... rasanya sedap sangat. Resepi ayam tandoori sedap ini coco bila dihidangkan di bulan puasa. Jom mari tengok Resepi Ayam Tandoori Sedap ini.
Resepi Ayam Tandoori Sedap


Bahan-bahan:

(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)-saya buat 2 ketul bahagian paha sahaja

Campuran rempah ratus:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin-saya tak blend...cuma sapukan pada ayam  panas2 setelah ayam masak
  • 2 ikat daun pudina-tak letak sb takde stok
  • 2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • sedikit pewarna merah
Cara membuat tairu:
  • Potong lemon (saya guna 1 biji limau nipis) dan gunakan 1/2 sahaja.Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.Kalau malas nak buat beli plain yogurt.

Cara membuat bahan perapan:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.
  2. Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.
  3. Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  4. Kemudian lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.
  5. Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
  6. Perap selama 5 jam.Saya perap semalaman.
  7. Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.

Selamat Mencuba!!!!





loading...
Load disqus comments

0 comments