Sunday, January 22, 2017

Resepi Udang Masak Sos Tiram Mudah dan Lazat (4 Langkah sahaja)

Resepi udang Masak Sos Tiram Lazat dan Mudah- Siapa yang ndak tahu menganai Udang, kali ini resepi masa akan berkongsi menganai resepi udang Saus Tiram. Sos tiram memerihalkan beberapa sos dibuat dengan tiram masakan. Yang paling biasa digunakan ialah perasa moden berwarna perang gelap likat diperbuat daripada gula, garam dan air dipekatkan dengan tepung jagung, berperisa dengan sedikit intipati atau ekstrak tiram. Beberapa jenis sos tiram mungkin menjadi gelap dengan karamel, walaupun sos tiram berkualiti tinggi secara semula jadinya sudahpun gelap.  Ia biasanya digunakan dalam masakan Kantonis, Thai, Vietnam dan Khmer. 
Jom langsung saja ya menganai Resepi Udang Masak Sos Tiram seperti berikut ini :-

Resepi Udang Masak Sos Tiram Mudah dan Lazat (4 Langkah sahaja)

Bahan-bahan:
  • 1kg udang segar.
  • halia 2 inci.
  • cili padi/cili besar – dipotong.
  • sos tiram 4-5 sudu besar.
  • bawang putih 6 ulas.
  • sos cili 2 sudu besar dan perasa (tak perlu garam kerana udang dah sedia digaul dengan garam kunyit,nanti terlebih masin sebab sos tiram pun dah masin.
  • masukkan udang dan cili – gaul biar sekata.

Cara-cara membuat Resepi Udang Sos Tiram:

  1. Udang yang sudah dibersih,digaul dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga garing kemudian toskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia yang dikisar bersama hingga wangi kemudian masukkan sos tiram dan sos tomato.
  3. Masukkan kacang panjang/jagung muda/carrot,tumiskan hingga agak pekat dan masukkan perasa.
  4. Sedia untuk dihidang. 

Nota Resepi Sos Tiram:

Sos tiram "sebenar" yang berkualiti hendaklah dibuat dengan memeluwap ekstrak tiram, air rebusan putih yang dihasilkan oleh tiram yang direbus dalam air. Sup legap ini, serupa dengan warna jus kima didapati di pasar raya, yang kemudian diturunkan sehingga ke tahap kelikatan yang diingini dan cecair telah dikaramel kepada warna keperangan. Tiada bahan tambahan lain, walaupun garam, perlu ditambah kepada sos, memandangkan tiram sudah cukup menyediakan semua rasa enaknya. Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah terlampau mahal. 

Read more

Tuesday, January 17, 2017

Mudahnya Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap

Resepi Ayam Mudah-Ayam paprik adalah hidangan goreng yang mudah untuk membuat, lazat dan berkhasiat. Warna-warna yang berwarna-warni mencipta segar dilihat oleh mata.Resepi Ayam ini berasal dari negara Thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.
Jom berikut Resepi Ayam Paprik ala Thai

Bahan-Bahan Resepi Ayam Paprik ala Thai

  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 keping dada ayam - hiris nipis
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

  1. 2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
  2. 2 biji putik jagung - dihiris
  3. bunga kobis - dipotong kecil
  4. 1/2 biji karot - dihiris memanjang

5 Cara Memasak Ayam Masak Paprik ala Thai

  • panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
  • sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
  • masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  • masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
  • Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas
Demikian Resepi Ayam Paprik yang mudah,sedap dan Lazat semoga berfaedah.
Read more