Saturday, May 20, 2017

Manisnya Kek Coklat Cheese Lava Berhantu 2017

Berhantu ihhh seram ya. Tapi kek yang handak reepimasa bahagikan ini tidaklah seram. Malah nak buat yang makan jadi happy bahagia. Manisnya Kek Coklat Cheese Lava Berhantu ini asalnya dari lelehan coklat ganache yang pasti buat tambah terus.Sudah penasaran nak buat kek, yuk mari kita lihat resepi kek coklat cheese lava berhantu berikut ini :
Manisnya Kek Coklat Cheese Lava Berhantu 2017

Manisnya Kek Coklat Cheese Lava Berhantu 2017



BAHAN BAHAN :

KEK CHOCOLATE MOIST MANIS

BAHAN A
*satukan
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
* ayak
2 biji telur Gred A
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
CARA CARA :
  • Satukan BAHAN A dalam bekas
  • Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
  • Masukkan telur yang telah di kocok
  • Masukkan tepung yang telah di ayak
  • Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
  • Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
  • Sejukkan kek sebentar

250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
  • 300 gm coklat masakan
  • 300  gm UHT Whipping Cream
  • 1 sudu makan  nutella
Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat

STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

  1. Kek
  2. Adunan cheese ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
  3. Ganache
  4. Lorek
  5. Ketebalan adunan setiap lapisan terpulang dan agak 2 sahaja.

-Selamat Mencuba-


Rujukan
Read more

Monday, May 15, 2017

4 Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis

Daging kisar merupakan daging yang dikisar halus-halus dengan menggunakan pengisar daging. Daging yang biasa dikisar daging lembu, kambing, ayam sampai itik. Apabila nak masak daging kisar haruslah sampai benar-benar masak menyeluruh, supaya bakteria yang ada di daging musnah.Nah kali ini Resepimasa nak berkongsi 4 Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis. 4 Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis ini merupakan resepi yang gunakan daging kisar dan tak lupa resepi daging kisarnya.
Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis
Bahan-bahan daging kisar berempah.
1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
garam gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Rempah, bawang putih, bawang merah di blend.
  2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.
Macam Olahan Daging Kisar Berempah
  • Puding Roti Daging
  1. Rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur, lada sulah, lada hitam, sedikit garam.
  2. Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
  3. Lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti, then taburkan cheese.
  4. *Atau kalau malas nak layer-layer bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.
  • Roti john
  1. Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur
  2. Tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus). 
  3. Terbalikkan, masak sampai elok gareng, then letak timun parut, mayonis dan sos.
  • Makaroni Bakar
  1. Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
  2. Pukul telur, campurkan daging kisar, gaulkan dengan makroni direbus tadi. Biar lembab dan berair sikit.
  3. Taburkan chees, dan bakar.
 *Refer gambar kiri bawah-letak dalam bekas aluminium foil macam tu. Kalau buat bulan puasa memendekkan waktu membakar dan tidak membazir.  Orang makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis simpan peti ais, esok panaskan balik.
  • Baked Potato
  1. Beberapa biji kentang russet dibelah dua. 
  2. Kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut
  3. Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis.
  4. Kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, then tabur cheese, bakar dalam  15-20 minit.

Read more

Tuesday, May 9, 2017

Resepi Ayam Pandan Thai Paling Lazat

Resepi Ayam Pandan Thai Paling Lazat yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Resepi Ayam Pandan Thai Paling Lazat ini berasal dari Thailand.
Resepi Ayam Pandan Thai Paling Lazat ini sempurna kerana tidak terlalu kuat bahan rempahnya dan cukup elok sahaja bila digorengkan bersama balutan daun pandan. Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.

Resepi Ayam Pandan Thai Paling Lazat


Resepi Ayam Pandan Thai Paling Lazat

Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 60 minit
Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
  • sedikit garam
  • daun pandan saiz besar secukupnya
  • bilah pencucuk gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam toskan seketika.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
  3. Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Tips
  • Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
  • Jika tiada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
  • Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan
Rujukan
Read more

Friday, May 5, 2017

Resepi Ayam Putih Lazat

Jumpa lagi bunda dalam resepimasa. Kali ini kami handak berkongsi Resepi Ayam Putih Lazat yang mudah dan praktis dibuat bunda di rumah. Rasakan bawang yang dilumuri sos caramel dalam tiap gigitan ayam melting dalam mulut bunda. Jika handak mencubanya dapat disajikan dengan kentang panggang dengan sos Resepi Ayam Putih Lazat lebih sedap rasanya.
Resepi Ayam Putih Lazat
Resepi Ayam Putih Lazat
Prep    |     Cook   | siap
15 m   | 45 m     | 1 h
Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 4 paha ayam
  • garam dan lada secukup rasa
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 2 cawan air
Cara Membuat :
  1. Dalam kuali yang besar, panaskan minyak zaitun dan menambah ayam, pemerangan kedua-dua belah setiap keping. Tumis selama kira-kira 10 minit. Tambah garam dan lada secukup rasa.
  2. Tambah bawang dipotong dadu ke kuali dan kacau bersama-sama dengan kepingan ayam selama kira-kira 5 minit. Tambah 2 cawan air dan biarkan reneh dengan api sederhana tinggi sehingga bawang caramelize dan membuat sos.
  3. Reneh selama kira-kira 30 minit. Anda mungkin perlu menambah lebih banyak air supaya campuran sos tidak kering. Setelah ayam masak, keluarkan dan menetapkan di atas pinggan.
Tips:
Menggunakan paha tanpa kulit untuk kandungan yang lebih rendah lemak. Gunakan 2 bawang sederhana jika anda tidak mempunyai satu yang besar.
Read more