Wednesday, November 22, 2017

Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Mudah

loading...
Resepimasa.- Biskut paling kerap dilayan masa bulan Ramadan. Litarnya memang manis sesuai untuk dinikmati pada masa bulan kejayaan Kerana tradisi biskuit telah menjadi hidangan mandatori terutamanya kanak-kanak kami nak berkongsi "Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Mudah". Jom tengok resepinya !!!
Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Mudah
Bahan A
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 cawan bijirin nestum original - tak perlu dikisar
  • 1 cawan bijirin nestum original - dikisar halus

Bahan B
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telur gred A @ B
  • 125 gm Butter
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan Hiasan
  • Buah ceri - dipotong kecil
  • bijirin nestum secukupnya - letakan didalam pinggan

Cara Buat Biskut Nestum Sedap
  1. Siapkan bekas dan masukan semua bahan A ke dalam bekas dan ketepikan
  2. Didalam mangkuk pengadun pukul butter dengan gula hingga sebati kemudian masukan telur dan esen vanilla dan pukul kembali hingga sebati.
  3. Selepas tu masukan bahan A ke dalam adunan tadi. uli hingga membentuk adunan doh yang lembut kemudian balut doh degan plastik pembalut. kemudian simpan di dalam freezer selama lebih kurang 30 minit.
  4. Bila dah di sejukan kemudian keluarkan adunan dan cubit sedikit dan bulat-bulatkan sehingga bentuk bebola dan golek-golekan bebola ke dalam pinggan berisi bijirin nestum tadi.
  5. Siapkan dulang pembakar dan lapir dengan kertas kalis minyak kemudian susun bebola diatas dedualng pembakar. untuk hiasan ambil ceri dan tekankan ditengah bebola
  6. Bakar bebola ke dalam oven bersuhu 175 drajah Celcius selam lebih kurang 25 minit atau hingga warna biskut menjadi perang.
  7. Akhir sekali, sejukan biskut sebelum disimpan dan biskut kapanpun siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!!!!



loading...
Load disqus comments

0 comments