Wednesday, November 15, 2017

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap

loading...
Resepimasa.- Selepas masa yang lama tidak berkongsi resipi mengenai ayam. Kali ini resipi yang akan dikongsikan ialah "Resepi Ayam Mamak Sedap". Resipi ayam ini yang sering kita hadapi waktu kenduri atau perayaan.
Resepi Ayam Masak Kurma Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawan merah*
  • 2 cm halia*

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

Dihidangkan untuk : 4 orang

Selamat Mencuba!!!






loading...
Load disqus comments

0 comments