Monday, May 15, 2017

4 Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis

Daging kisar merupakan daging yang dikisar halus-halus dengan menggunakan pengisar daging. Daging yang biasa dikisar daging lembu, kambing, ayam sampai itik. Apabila nak masak daging kisar haruslah sampai benar-benar masak menyeluruh, supaya bakteria yang ada di daging musnah.Nah kali ini Resepimasa nak berkongsi 4 Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis. 4 Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis ini merupakan resepi yang gunakan daging kisar dan tak lupa resepi daging kisarnya.
Macam Olahan Daging Kisar Berempah Mudah Dan Praktis
Bahan-bahan daging kisar berempah.
1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
garam gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Rempah, bawang putih, bawang merah di blend.
  2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.
Macam Olahan Daging Kisar Berempah
  • Puding Roti Daging
  1. Rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur, lada sulah, lada hitam, sedikit garam.
  2. Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
  3. Lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti, then taburkan cheese.
  4. *Atau kalau malas nak layer-layer bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.
  • Roti john
  1. Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur
  2. Tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus). 
  3. Terbalikkan, masak sampai elok gareng, then letak timun parut, mayonis dan sos.
  • Makaroni Bakar
  1. Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
  2. Pukul telur, campurkan daging kisar, gaulkan dengan makroni direbus tadi. Biar lembab dan berair sikit.
  3. Taburkan chees, dan bakar.
 *Refer gambar kiri bawah-letak dalam bekas aluminium foil macam tu. Kalau buat bulan puasa memendekkan waktu membakar dan tidak membazir.  Orang makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis simpan peti ais, esok panaskan balik.
  • Baked Potato
  1. Beberapa biji kentang russet dibelah dua. 
  2. Kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut
  3. Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis.
  4. Kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, then tabur cheese, bakar dalam  15-20 minit.

Load disqus comments

0 comments