Tuesday, January 17, 2017

Mudahnya Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap

loading...
Resepi Ayam Mudah-Ayam paprik adalah hidangan goreng yang mudah untuk membuat, lazat dan berkhasiat. Warna-warna yang berwarna-warni mencipta segar dilihat oleh mata.Resepi Ayam ini berasal dari negara Thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.
Jom berikut Resepi Ayam Paprik ala Thai

Bahan-Bahan Resepi Ayam Paprik ala Thai

  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 keping dada ayam - hiris nipis
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

  1. 2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
  2. 2 biji putik jagung - dihiris
  3. bunga kobis - dipotong kecil
  4. 1/2 biji karot - dihiris memanjang

5 Cara Memasak Ayam Masak Paprik ala Thai

  • panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
  • sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
  • masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  • masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
  • Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas
Demikian Resepi Ayam Paprik yang mudah,sedap dan Lazat semoga berfaedah.
loading...
Load disqus comments

0 comments