Thursday, November 2, 2017

Resepi Simple Puding Tembikai

loading...
Resepimasa. Kalau udara panas sedapnya makan makanan yang buat badan jadi segar. Makanan tersebut tambah with ais, wah.... badan jadi terasa sejuk..Resepimasa kali ni nak berkongsi Resepi Simple Puding Tembikai  patutlah dicuba di dapur rumah.
Resepi Simple Puding Tembikai

Bahan-bahan :
  • 20gm agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula - ikut citarasa masing2
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan tembikai
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 sudu kecil pewarna merah oil base
  • Sedikit bijan
Cara Membuatnya :
  1. Agar2 tali tadi dicuci dan direndam selama 1 jam.
  2. Masak agar2 dengan air hingga larut.
  3. Masukkan gula. Kacau2 rata.
  4. Kemudian, masukkan pula susu cair. Kacau rata.
  5. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air dan secubit garam. Kacau sebati.
  6. Perlahankan api.
  7. Blender tembikai dengan 1/2 cawan adunan agar2 yang dimasak tadi hingga hancur.
  8. Ambil 1 cawan adunan agar2 dan masukkan pewarna hijau.
  9. Tuang dalam loyang/acuan. Biarkan beku sekejap.
  10. Ambil lagi 1 cawan adunan agar2. Tuang atas agar2 hijau. Biarkan beku.
  11. Tembikai yg diblender tadi dituang dlm periuk agar2 dan dituang pewarna merah. Besarkan api. Kacau rata/sebati sehingga mendidih. Tutup api.
  12. Adunan agar2 tembikai tuang perlahan2 atas agar2 tadi sehingga habis. Terus tabur bijan hitam atas agar2. Biarkan beku/sejuk.
  13. Masukkan dalam peti sejuk.
  14. Selepas 2 jam potong ikut suka.
  15. Sedia untuk dimakan sejuk2.


Selamat Mencuba!!!!




loading...
Load disqus comments

0 comments