Saturday, March 11, 2017

Resepi Ramadan Rendang Ayam 2017

Resepi ramadan Raya 2017- Resepi Ayam rendang 2017, Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,  bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. 
Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. 
Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. 
Resepi Ramadan Rendang Ayam 2017
Resepi Ramadan Rendang Ayam 2017
Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.
 Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak.(wikipedia)
Resepi ramadan 2017 kami hadirkan untuk anda salah satunya ialah resepi rendang ayam seperti berikut ini :-

Resepi Ramadan Rendang Ayam 2017

Bahan Utama resepi Ayam rendang:

  • 1 1/2 sudu makan cili kering yang dikisar
  • 5 batang serai
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil
  • 1 biji santan kelapa
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu serbuk jintan
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 250ml air
  • 1 helai daun kunyit, dihiris halus

5 Cara Memasak Resepi Ramadan 2017 Ayam Rendang:

  1. Mula-mula kisar halus semua Bahan .
  2. Masukkan Bahan  di dalam kuali.
  3. Masak sehingga santan mendidih, kecilkan api.
  4. Kacau sehingga kuah rendang hampir pekat, kemudian masukkan Bahan 1 helai daun kunyit, dihiris halus
  5. .Kacau sampai rata dan siap untuk dihidang bersama ketupat pulut, ketupat nasi atau nasi impit.
Demikian Resepi ramadan raya 2017 semoga berfaedah.amin
rujukan:asapdapur.com
Load disqus comments

0 comments