Monday, March 13, 2017

Resepi Ramadan raya 2017 Cakoi Mudah dan lazat

loading...
Resepi Ramadan raya 2017 Cakoi Mudah dan lazat - Resepi cakoi merupakan doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan bila siap dimasak, ia dimasak dengan cara bergoreng, menggunakan minyak yang banyak dan merupakan satu masakan orang Cina dan di Indo-China. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya. 
Resepi Ramadan raya 2017
Resepi Ramadan raya 2017
Di sebahagian kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko, iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.
Cakoi Bisa anda jadikan resepi Menu Buka Puasa 2017 dimana resepi Cakoi seperti berikut ini :

Resepi Ramadan raya 2017 Cakoi Mudah dan lazat 

Bahan-bahan Resepi Cakoi 2017

  • 2 cawan tepung gandunm
  • 1 paket yis 11 g
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Nota Memasak:
cakoi menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sebab dia akan mengembang.

 CARA MEMASAK CAKOI

  • Pecahkan telur di dalam 2 cawan air kemudian  dan masuk kan gula serta garam..pukul sikit untuk sebati kan dan ketepikan.
  • Campurkan yis ke dalam tepung bersama baking powder.gaul sebati..masuk kan minyak masak dan gaul hujung2 jari sehingga jadi macam serbuk yang halus.
  • Masuk kan air yang di campur telur tadi kedalam adunan.masuk kan sikit2 dan gau sebati.adunan akan jadi sedikit melekat dan lembik.
  • Tutup adunan selama 30 minit - 1 jam. ada yang tutup sampai 4-5 jam..terserah la.Tapi bagi saya 1 jam pun dah ok..
  • kemudian uli sikit untuk keluarkan udara dan rehatkan lagi doh tu dalam 20-30- minit.
  • bahagikan doh pada 2 bahagian.. 

Selanjutnya :

  1. canai doh sehingga berketebalan 1/2 inci. potong doh panjang panjang
  2. ambil satu lidi celup dalam air tekan ditengah2 doh yang dipotong tadi.
  3. ambil satu lagi lapisan doh dan letak atas doh yang ditekan dengan lidi tadi..
  4. guna lidi yang sama juga celup sikit dalam air dan tekan ditengah2 doh yang dilapisi 2 doh tadi.tekan di tengah2. angkat doh tarik panjang2 sikit dan terus masuk kan dalam minyak yang panas.
  5. Goreng hingga kekuningan
Rujukan
loading...
Load disqus comments

0 comments