Friday, February 17, 2017

5 Resipi Nasi Goreng yang mudah dan lazat mesti cuba

loading...
Resepi Nasi Goreng-Kali ini kami berkongsi menganai Resipi nasi goreng dan kami senaraikan 5 Resepi Nasi Goreng yang mudah dan lazat yang mesti cuba. Nasi goreng merupakan satu komponen yang penting masakan Cina tradisional, menurut catatan sejarah telah dimulakan sejak 4000 SM. nasi goreng kemudian merebak ke Asia Tenggara yang dibawa oleh nomads-nomads Cina yang menetap di sana dan mencipta biasa nasi goreng tempatan yang berdasarkan perbezaan dalam cara goreng tohor dan Marinades.
5 Resipi Nasi Goreng yang mudah dan lazat
5 Resipi Nasi Goreng yang mudah dan lazat
Nasi goreng sebenarnya muncul beberapa hartanah dalam budaya Cina, yang tidak suka Ujirasa makanan sejuk dan juga Buang sisa beberapa hari lebih awal. Oleh itu, nasi sejuk adalah kemudian mendalam goreng untuk dihidangkan di meja makan.
berikut 5 Resipi Nasi Goreng yang mudah dan lazat mesti cuba:

5 Resipi Nasi Goreng yang mudah dan lazat mesti cuba

1. Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil nasi sejuk atau nasi semalam
  • 2 ulas bawang merah kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Ikan bilis *
  • Cili padi ikut kesesuaian *
  • Sedikit belacan *
  • Sayur kangkung, ambil daun sahaja
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Serbuk ikan bilis
Cara-cara Memasak
  • Tumbuk semua bahan bertanda *
  • Kemudian panaskan minyak sedikit. Tumis bahan bertanda *
  • Masukkan telur, gaul rata sampai garing
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan serbuk ikan bilis secukup rasa. Jangan banyak sangat, nanti masin
  • Masukkan kangkung, gaul hingga rata
  • Kemudian masukkan nasi dan gaul lagi
  • Ready

2. Resepi Nasi Goreng Pasangan Udang Sejati

Bahan-bahan
  1. Nasi Putih Satu mangkuk
  2. Cili Padi ( 7 -10 biji ), 2 biji digunakan untuk garnisihing.
  3. Bawang putih (dalam 4 ulas)
  4. Bawang Merah Kecil ataupun shallot 1 biji.
  5. Segenggam ikan bilis.(Mesz guna ikan bilis yang kecl,kalau yang besar kena buang taw,kena kupas)
  6. Udang . Dua ekor Mesz tak kupas untuk buat pasangan last sekali nanti .
  7. Belacan.tak payah banyak letak banyak sangat.
  8. Telur ayam dalam dua biji untuk goreng bersama nasi goreng. 
  9. Carrot (Mesz guna setengah je)
  10. Garam secukup rasa.
  11. Daun kucai (untuk ditabur atas nasi goreng)

Cara-cara

  1. Untuk Nasi perkara pertama kenalah tumbuk bawang merah kecil,bawang putih,cili padi,belacan dengan ikan bilis tadi. 
  2. Lepastu,panaskan minyak.Udang kena goreng sekejap untuk biar ia masak.Ketepikan. 
  3. Dalam kuali yang sama,masukkan bahan2 yang telah ditumbuk sebentar tadi.goreng smpai naik wangi nya.pecahkan telur.Goreng macam nak buat scramble egg.hehe..n then boleh la masukkan carrot. 
  4. lepastu ,masukkan udang tadi.cuma tinggalkan 2 ekor udang untuk garnishing. 
  5. setelah semua bahan sebati,masukkan nasi..goreng sampai bahan sebati bersama nasi.(baunya akan naik,sedap sangat bau belacan)
  6. Lepas rasa dalam 3 min menggoreng masukkan garam secukup rasa dengan pak aji.Goreng2 dan gaul lagi. Bila dah siap matikan api.letakkan dalam pinggan.
  7. Telur mata pulak, mesz panas kan minyak.Pecahkan telur (mcm pro buat,.hehe) lepastu mesz letak lada putih,terbalikkan sekali sekala.lepastu bila telur kuning dah agak masak.boleh la angkat.
  8.  Dah siap,u all boleh hidangkan bersama nasi goreng tadi.Potong sedikit daun kucai dan tabur atas nasi goreng,letak pasangan udang yg dua ekor tadi n then letakkan sepasang cili padi.

3. Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras (dimasak nasi putih)
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 3 urat cili kering di hiris halus
  • 1/2 bawang besar dimayang halus
  • 2cm lobak merah dipotong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak masak
  • sedikit lada sulah

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Tutup api, angkat dan ketepikan ikan bilis ke dalam mangkuk lain.
  • Panaskan semula minyak yang berbaki tadi. Tumiskan bawang dan cili kering hingga terbit bau wangi.
  • Masukkan lobak merah, gaul sebentar dan seterusnya masukkan nasi putih. Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul.
  • Masukkan sos tiram dan taburkan lada sulah. Gaul sekata dan masukkan semula ikan bilis goreng tadi. Goreng nasi hingga kering dan seroi.
  • Angkat nasi goreng dan hidangkan. Boleh ditabur bawang goreng sebagai penambat selera. Selamat mencuba! 

4. Resepi Nasi Goreng Tuna Tower

Bahan-bahan
  1. 4 ulas bwg putih 1 ulas bwg merah (ditumbuk/hiris/diblender)
  2. 1 tin tuna pedas
  3. 6 senduk nasi
  4. 2 sudu biasa minyak
Cara-cara
  • Tumiskan bawang-bawang
  • Masukkan semua tuna pedas.
  • Masukkan kiub pati ayam
  • Masukkan nasi dan digaul sebati dengan tumisan tuna.
  • Siap Saji

5. Nasi Goreng Tom Yam Simple

Bahan-bahan
  • Ayam 300g (Isi sahaja - dipotong dadu)
  • Nasi 3 Mangkuk - anggaran
  • bawang putih (cincang) - 2 ulas
  • Bawang besar (potong dadu) - 1 ulas
  • Serai (titis) - 2 batang
  • pes tom yam - 1 sudu
  • daun limau (hiris) - 2 helai
  • lobak merah, kobis, tomato (potong kecil atau dadu - ikut suka)
  • minyak masak - 3 camca besar
  • sos cili - 1 Piring kecil
  • sos tomato - 1 Piring kecil
  • sos tiram - 1 piring
  • Perasa (ajinomoto) - 1/2 camca teh
  • garam - 1 camca teh
  • 3 biji Telur Ayam - digoreng
  • Hirisan timun - hias dan makan
Cara-cara
  • Panaskan kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
  • masukkan ayam dadu dan masak sehingga sedikit garing, masukkan serai , gaul dan biar dalam 1minit.
  • Maukkan pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam, perasa dan bawang besar.. masak sehingga sebati
  • masukkan nasi serentak dengan sayur, daun limau, gaul sehingga sebati
  • Boleh hidang dengan Hirisan timun dan Telur goreng mata jika mahu
  • Siap saji
Demikian 5 Resepi Nasi Goreng yang mudah dan lazat semoga berfaedah.amin
rujukan:myresipi.com
loading...
Load disqus comments

0 comments