Monday, October 31, 2016

Resepi Ayam paprik Paling Sedap

Resepi Ayam Terkini Ayam Paprika dimana ayam paprik termasuk hidangan goreng yang mudah untuk membuat, lazat dan berkhasiat. Warna-warna yang berwarna-warni mencipta segar dilihat oleh mata.
Resepi Ayam Paprik
Resepi Ayam Paprik
Berikut Resepi Ayam Paprik Paling Sedap untuk anda cuba.

Resepi Ayam paprik Paling Sedap

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam di hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 biji bawang besar di belah dua dan di hiris bulat besar
  • 1 biji cili merah di hiris
  • 11 biji cili api di pecah
  • bunga kobis di hiris kecil
  • 2 biji putik jagung di hiris
  • 1/2 biji karot di hiris
  • 2 biji kacang panjang di potong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering di kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun limau purut di siat

CARA MEMBUAT/MASAK

  • Tumis bawang putih sehingga naik wangi.
  • Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan semua sos dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan kacau sehingga rata.
  • Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
  • Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semua sayur empuh.
  • Tutup api dan ayam paprik siap dihidangkan.
Demikian resepi Ayam Masak paprik semoga berfaedah. amin
Load disqus comments

0 comments