Thursday, April 21, 2016

Resepi Nasi Lemak Lazat Malaysia 2016

Resepi Nasi Lemak. Halo sobat? dimanapun anda berada? Sudahkah anda makan nasi lemak? ya sebuah nasi yang gurih dan lezat asal Malaysia.Nasi Lemak adalah sesuatu makanan yang dilipatkan dengan daun pisang dalam bentuk segitiga dan merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama sebagai sarapan pada waktu pagi dan minum petang. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, Nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa lemaknya yang lazat. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa Nasi Lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. 
Resipi Nasi Lemak 2016
Resipi Nasi Lemak 2016
Selain daripada itu, Nasi Lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi pada masa kini, Nasi Lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada ramai yang suka memasak Nasi Lemak dengan lauk khinzir.
Nasi Lemak lazimnya terkenal dan disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta, hidangan yang mirip Nasi Lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Manakala di Aceh, hidangan yang mirip Nasi Lemak disebut nasi gurih. Pada masa sekarang, Nasi Lemak telah diubahsuai dengan dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk dan diterima umum untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan kepada peniaga.
Pada masa kini, Nasi Lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi dan minum petang. Malahan, ramai orang juga suka menikmati Nasi Lemak pada waktu malam atau sebagai jamuan. Oleh sebab itu, Nasi Lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan terkenal ini semakin mudah didapati di mana-mana kedai atau gerai sahaja. Biasanya harga semasa untuk Nasi Lemak adalah berada di dalam lingkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.
Ok Kini saya akan memaklumkan mengenai Bahan dan Cara membuat Nasi Lemak seperti berikut:-

Resepi Nasi Lemak Lazat Malaysia 2016

Sebelum kita ke Bahan dan cara membuatnya , resepi Nasi lemak ada 2 cara iaitu :

Resepi Nasi Lemak cara lama (tradisional)

Bahan-bahan Nasi Lemak Malaysia:

  • Beras 250 gram (cuci bersih lalu rendam selama 1 jam)
  • Santan dengan kekentalan sedang 700 mili liter
  • Garam 1 sudu teh
  • Daun pandan 1 helai (simpul)
  • Daun salam 3 helai
  • Daun limau 3 helai
  • Halia 2 ruas (dihiris nipis)
  • Serai 1 batang (dihiris nipis)

Bahan Pelengkap Nasi Lemak Malaysia:

  • Ikan bilis goreng
  • telur rebus
  • Kacang tanah goreng
  • Ayam Taliwang atau ayam percik
  • timun dihiris

Cara Membuat Nasi Lemak Malaysia Tradisional:

  • Langkah awal siapkan periuk, kemudian masukkan santan dan semua bumbu bahan rempah.
  • rebus dengan api sedang sambil sesekali di aduk-aduk hingga santan mendidih.
  • Seterusnya masukkan beras, aduk-aduk kembali hingga pekat dan santan mengering. lalu tuangkan nasi ke dandang kukusan dan kukus selama 30 minit atau sehingga nasi masak.
  • Nasi Lemak malaysia siap disajikan dengan bahan pelengkap.

Resepi Nasi Lemak Modern

Bahan Nasi Lemak Malaysia:

  • Beras 250 gram (cuci bersih lalu rendam selama 1 jam)
  • Santan kara 180 mili liter ditambah dengan air sebanyak 700-800 mili liter
  • Garam 1 sudu teh
  • Daun pandan 1 helai (simpul)
  • Daun salam 3 helai
  • Daun limau 3 helai
  • Halia 2 ruas (dihiris nipis)
  • Serai 1 batang (dihiris nipis)

Bahan Pelengkap Nasi Lemak Malaysia:

  • Ikan bilis goreng
  • telur rebus
  • Kacang tanah goreng
  • ayam percik
  • timun dihiris

Cara Membuat Nasi Lemak Malaysia Dengan Rice Cooker:

  • Langkah awal, didihkan terlebih dahulu santan cair daripada 180 mili liter santan kara dengan ditambah air 700-800 mili liter bersama rempah-rempah didalam periuk dengan menggunakan api sedang.
  • Setelah itu masukkan santan ke dalam rice cooker dan beras. masak dengan rice cooker hingga matang. kenapa santan perlu didihkan terlebih dahulu bertujuan agar wangi santan sedapnya keluar dan rasanya tidak hambar.
  • Nasi Lemak malaysia Rice cooker siap disajikan dengan bahan pelengkap.
Demikian Resepi masakan Nasi Lemak Malaysi, Semoga berfaedah. Amin
Load disqus comments

0 comments