loading...
Resepi kali ini tentang resepi Ayam Hainan dimana Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana (wikipedia).
Nah, Berikut resepi Nasi Ayam Hainan ala Malaysia seperti berikut ini :-
Resepi Nasi ayam Hainan ala Malaysia
Bahan-Bahan Resepi Ayam Hainan (porsi 5-6 orang)
- 1 ekor ayam
- 3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
- 1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
- 1 kiub pati ayam maggi
- Sedikit garam
Bahan-Bahan untuk Resepi Nasi Ayam Hainan
- 3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
- 4½ mug air
- 2 inci halia (diketuk)
- 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 sudu besar majerin
- 3 ketul kuib ayam
- 2 helai daun pandan
Bahan-Bahan untuk Sambal
- 1 biji capcicum merah
- (boleh digantikan dengan lada merah)
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
- 1 sudu besar cuka makan
- 1/2 biji bawang besar
- 3/4 buku halia saiz sederhana
Bahan-Bahan untuk Kicap
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar kicap manis
- 5 sudu besar air rebusan ayam
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos cili
Bahan-Bahan untuk Sup
- 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
- Daun sup
- Lobak merah
- 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
- 1 sup bunjut
- Secubit garam
Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan Nasi Ayam Hainan
1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)
Cara-Cara untuk Membuat Nasi Ayam Hainan ala Malaysia
- Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
- Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
- Panaskan periuk dan cairkan majerin.
- Masukkan bawang putih dan halia.
- Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
- Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
- Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
- Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
- Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.
Cara-Cara untuk Membuat Ayam Hainan
- Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
- Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
- Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
- Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
- Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
- Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
- Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
- Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup.
Cara-Cara untuk Membuat Sambal
- Kisarkan semua bahan.
- Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.
Cara-Cara untuk Membuat Kicap
- Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
- Petua: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.
Cara-Cara untuk Membuat Sup Ayam
- Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
- Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
- Perasakan garamya dengan segera.
- Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api.
Rujukan
loading...
0 comments