Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts
Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts

Thursday, November 2, 2017

Resepi Lazat dan Mudah Daging Bebola 2017

Resepimasa. Sapa yang tak tau bola-bola daging? Semua orang sepatutnya suka masakan ini.Tua, muda walaupun budak-budak kecilpun suka. Bebola daging atau meatballs ni sesungguhnya sedap disantap bila musim hujan sebagai snek. Bisa buat tunda lapar bila di petang hari. Tak perlu tunggu lama Resepi Lazat dan Mudah Daging Bebola 2017.

Resepi Lazat dan Mudah Daging Bebola 2017

 Bahan-bahan :
  • 1.5 kg daging cincang
  • 2 biji bawang besar yang dicincang halus
  • 2 cawan breadcrumb
  • 4 biji telur
Cara Membuatnya :
  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Bulatkan adunan menjadi bebola sehingga habis.
  3. Panaskan frying pan dan goreng bebola tadi dalam frying pan tanpa minyak.
  4. Terbalikkan bebola tadi hingga masak.
  5. Boleh dimakan bersama spageti goreng.


Selamat Mencuba !!!
Rujukan

Read more

Tuesday, October 31, 2017

Resepi Daging Lada Hitam Halia Lazat

Resepimasa nak berkongsi variasi daging masak lada hitam. Resepi Daging Lada Hitam Halia Lazat nampak hitam sangat, tapi bukan karena pembakaran. Resepi ini sedap bila disantap with nasi hangat, halia membuatnya hangat di badan.
Resepi Daging Lada Hitam Halia Lazat
Bahan-bahan :
  • 500 gram daging, hiris nipis, cuci dan toskan, rebus hingga empuk dengan halia dan bawang putih
  • 1/3 biji capsicum merah, didadu
  • 1/3 biji capsicum hijau, didadu
  • 1/3 biji capsicum kuning, didadu
  • 1 batang saleri, hiris serong
  • 1 batang leek, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris halus
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 4 camca besar sos lada hitam
  • Kicap cair, jika perlu....
  • Hirisan daun sup sebagai hiasan
Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan leek hingga layu 
  2. Masukkan daging rebus tadi (asingkan stoknya), kacau dan biar tergoreng sekejap. 
  3. Masukkan sos lada hitam, kacau rata dan tuang air rebusan daging. Biar mendidih.
  4. Masukkan batang saleri, dan masak hingga pekat. 
  5. Tambah red/green/yellow capsicum dan bawang besar tadi, kacau rata dan biar hingga layu.
  6. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair secukupnya. 
  7. Masak sekejap dan boleh diangkat. 
  8. Hidangkan bersama nasi hangat...



Selamat Mencuba !!!

Read more

Resepi Daging Masak Blackpepper Lazat

Jumpa lagi di Resepimasa. Hari ini kami nak berkongsi Resepi Daging Masak Blackpepper Lazat. Biasanya di hari raya stok daging melimpah sampai pusing nak dimasak apa. Resepi ini bisa jadi salah satu rujukan.
Resepi Daging Masak Blackpepper Lazat
Bahan-bahan :
  • 10 tangkai cili kering - dibasuh
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 kg daging - direbus dan dihiris sederhana nipis 
  • 3 ulas bawang kecil - dihiris untuk tumis
  • 8 ulas bawang putih - dihiris nipis, bahagikan kepada 2 bahagian
  • 2 tangkai cili merah - dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (dpd biji lada hitam yg ditumbuk lebih sedap & wangi) atau       boleh gunakan sos lada hitam
  • 6 biji kentang
  • kicap masin
  • air asam jawa
  • serbuk perasa (sekiranya perlu)

Cara Membuat :

  1. Kisar bahan bertanda
  2. Ketepikan.
  3. Hiris kentang bulat², sederhana nipis.
  4. Gorengkan kentang sehingga kekuningan.
  5. Ambil 5 keping yang telah digoreng, tumbuk / lenyekkan sehingga hancur. Ketepikan.
  6. Goreng daging yang telah dihiris sehingga keperangan. Ketepikan.
  7. Tumis bawang kecil & sebahagian daripada bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi.
  8. Masukkan bahan² cili yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga agak garing.
  9. Masukkan serbuk lada hitam / sos lada hitam.
  10. Masukkan kicap secukupnya, jangan terlalu banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
  11. Masukkan cili merah dan sebahagian lagi bawang putih yang dihiris nipis.
  12. Masukkan daging yang telah digoreng. Kacau rata. Biarkan seketika.
  13. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
  14. Masukkan kentang yang digoreng.
  15. Sekiranya kuah terlalu cair, masukkan kentang yang telah ditumbuk / dilenyek tadi.
  16. Kacau rata, pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air.
  17. Masukkan hirisan bawang yang dipotong bulat.
  18. Biarkan ia masak seketika.
  19. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas!


Selamat Mencuba !!!
Rujukan

Read more