Wednesday, November 22, 2017

Resepi Biskut Makmur Paling Sedap Dan Nikmat

Resepimasa.- "Resepi Biskut Makmur Paling Sedap Dan Nikmat" adalah biskuit yang paling digemari oleh masyarakat di malaysia. Karena rasanya yang manis. Penasaran mari tengok resepinya !!!
Resepi Biskut Makmur Paling Sedap Dan Nikmat
Bahan-Bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • 2/3 cawan gula icing
Bahan Inti
  • 1 1/2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak
  • 3/4 gula icing
Bahan Untuk Salut
  • gula icing secukupnya

Cara Membuat Biskut Makmur
 
  1. Ayak tepung gandum bersama gula icing kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  2. Sementara itu, kisar kacang tanah bersama gula icing
  3. Ambil sedikit adunan boleh guna sudu supaya saiz sama besar, selepas itu leperkan dan letakkan inti kacang tanah. tutupkan inti dan buat bentuk mejadi bulat.
  4. Siapkan loyang dan susun adunan yang sudah dibulatkan tadi, kemudian bakar pada oven bersuhu 160"C selama lebih kurang 15 minit.
  5. Akhir sekali, apabila biskut sudah masak salutkan dengan gula icing dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!!





Read more

Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Mudah

Resepimasa.- Biskut paling kerap dilayan masa bulan Ramadan. Litarnya memang manis sesuai untuk dinikmati pada masa bulan kejayaan Kerana tradisi biskuit telah menjadi hidangan mandatori terutamanya kanak-kanak kami nak berkongsi "Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Mudah". Jom tengok resepinya !!!
Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Mudah
Bahan A
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 cawan bijirin nestum original - tak perlu dikisar
  • 1 cawan bijirin nestum original - dikisar halus

Bahan B
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telur gred A @ B
  • 125 gm Butter
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan Hiasan
  • Buah ceri - dipotong kecil
  • bijirin nestum secukupnya - letakan didalam pinggan

Cara Buat Biskut Nestum Sedap
  1. Siapkan bekas dan masukan semua bahan A ke dalam bekas dan ketepikan
  2. Didalam mangkuk pengadun pukul butter dengan gula hingga sebati kemudian masukan telur dan esen vanilla dan pukul kembali hingga sebati.
  3. Selepas tu masukan bahan A ke dalam adunan tadi. uli hingga membentuk adunan doh yang lembut kemudian balut doh degan plastik pembalut. kemudian simpan di dalam freezer selama lebih kurang 30 minit.
  4. Bila dah di sejukan kemudian keluarkan adunan dan cubit sedikit dan bulat-bulatkan sehingga bentuk bebola dan golek-golekan bebola ke dalam pinggan berisi bijirin nestum tadi.
  5. Siapkan dulang pembakar dan lapir dengan kertas kalis minyak kemudian susun bebola diatas dedualng pembakar. untuk hiasan ambil ceri dan tekankan ditengah bebola
  6. Bakar bebola ke dalam oven bersuhu 175 drajah Celcius selam lebih kurang 25 minit atau hingga warna biskut menjadi perang.
  7. Akhir sekali, sejukan biskut sebelum disimpan dan biskut kapanpun siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!!!!



Read more

Tuesday, November 21, 2017

Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap

Resepimasa.- Resepi kali ini yang nak dikongsikan adalah "Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap". Ayam Percik Kelantan merujuk pada salah satu masakan tradisional melayu. Biasanya dihidangkan bagi mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat. Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini terdapat 2 jenis yaitu yang berwarna merah (Pedas) dan yang berwarna putih. Jom tengok Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini.
Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian
Bahan Perap :
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
Bahan Kuah :
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 - 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Penyediaan :
  1. Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  2. Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.
  3. Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.

Selamat Mencuba!!!
Read more

Resepi Ayam Tandoori Sedap

Resepimasa.- Ayam Tandoori Sedap ini paling nikmat bila dimakan dengan roti naan. Resepi ayam tandoori sedap awalnya susah bila nak dicuba di rumah, tapi selepas itu hm..... rasanya sedap sangat. Resepi ayam tandoori sedap ini coco bila dihidangkan di bulan puasa. Jom mari tengok Resepi Ayam Tandoori Sedap ini.
Resepi Ayam Tandoori Sedap


Bahan-bahan:

(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)-saya buat 2 ketul bahagian paha sahaja

Campuran rempah ratus:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin-saya tak blend...cuma sapukan pada ayam  panas2 setelah ayam masak
  • 2 ikat daun pudina-tak letak sb takde stok
  • 2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • sedikit pewarna merah
Cara membuat tairu:
  • Potong lemon (saya guna 1 biji limau nipis) dan gunakan 1/2 sahaja.Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.Kalau malas nak buat beli plain yogurt.

Cara membuat bahan perapan:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.
  2. Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.
  3. Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  4. Kemudian lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.
  5. Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
  6. Perap selama 5 jam.Saya perap semalaman.
  7. Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.

Selamat Mencuba!!!!





Read more

Thursday, November 16, 2017

Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon

Resepimasa.- Selepas masa yang lama tidak berkongsi resipi mengenai ayam. Kali ini resipi yang akan dikongsikan ialah "Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon". Jom mari kita tengok resepi yang dikongsikan. 
Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam :
  • 2 keping dada ayam
  • 2 camca tepung jagung
  • 2 camca tepung beras
  • 2 camca tepung gandum
  • 2 camca tepung kastard
  • Garam
  • Lada sulah
  • Telor sebiji
Bahan untuk sos :
  • 1 camca sos plum
  • 2 camca perahan jus lemon
  • 2 camca cuka
  • 4 camca gula
  • 2 sudu teh tepug jagung
  • 1 sudu teh lemon emulco

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:
  1. Basuh ayam hgga bersih,ketuk sedikit ayam dgn lesung untuk meleperkannya
  2. Panaskan minyak.
  3. Campur semua tepung,garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
  4. Celupkan ayam dlm tepung, kemudian celup dgn telur,last celupkan dengan tepung kastard,
  5. Gorengkan ayam dgn minyak yg agak panas.
Cara-cara untuk sos:
  1. Campur semua bahan dlm periuk kecil masak hinggat mendidih dan pekat
  2. Potong ayam yg dah goreng tadi
  3. siramkan dgn sos lemon ini,siap utk dimakan..

Dihidangkan untuk : 2 orang

Selamat Mencuba!!!
Rujukan



Read more

Wednesday, November 15, 2017

Resepi Ayam Masak Kurma Sedap

Resepimasa.- Selepas masa yang lama tidak berkongsi resipi mengenai ayam. Kali ini resipi yang akan dikongsikan ialah "Resepi Ayam Mamak Sedap". Resipi ayam ini yang sering kita hadapi waktu kenduri atau perayaan.
Resepi Ayam Masak Kurma Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawan merah*
  • 2 cm halia*

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

Dihidangkan untuk : 4 orang

Selamat Mencuba!!!






Read more

Lazatnya Resepi Ayam Ros Mamak

Resepimasa.- Selepas masa yang lama tidak berkongsi resipi mengenai ayam. Kali ini resipi yang akan dikongsikan ialah "Resipi Ayam Lazatnya Rosam Mamak". Resipi ayam rosario yang sering dihidangkan bila kenduri atau perayaan.Sudah penasaran dengan resepinya mari kita tengok.
Lazatnya Resepi Ayam Ros Mamak


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam, potong 12
  • sedikit kunyit, untuk goreng ayam
  • sedikit garam, untuk goreng ayam
  • 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 tin(225g) sup tomato
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • 100 gram santan pekat
  • daun pudina
Bahan untuk rempah tumis:
  • 2 senduk besar minyak masak
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Bahan dibancuh menjadi pes:
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu besar serbuk cili
Bahan Kisar A:
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
Bahan Kisar B:
  • 15 tangkai cili kering1
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato
Bahan Kisar C:
  • 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus
Cara untuk memasak:
  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.
  4. Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
  5. Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  7. Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.
 Dihidangkan untuk : 6 Orang

Selamat mencuba!!!
Rujukan
Read more